Pada
tarikh 30 Jun 2010, diri ini berangkat ke Universiti Putra Malaysia bagi
menyambung pengajian di peringkat master sains dalam bidang falsafah dan
pengajian ketamadunan.. Berbeza pada zaman pengajian di peringkat ijazah
sarjana muda dalam bidang sains perhutanan, kali ini diri ini bertolak ke
Universiti Putra Malaysia berseorangan.. Perjalanan bermula pada awal pagi
kerana diri ini mahu tiba awal di Universiti Putra Malaysia dek kerana mahu
mendaftarkan diri di Kolej Serumpun.. Perjalanan diri ini dibekalkan oleh doa
selamat oleh ahli keluarga berserta bekalan makanan sepanjang perjalanan
nanti.. Tiba di Hentian R&R Gua Musang agak ‘cepat’ kerana jam baru
menunjukkan jam9 pagi..
Perjalanan
ke Universiti Putra Malaysia selamat tiba bersama isi kandungan kereta ku
bernombor plat WFQ **** pada jam 3.30 petang.. Diri ini sememangnya penat namun
ia telah menjadi kebiasaan bagi diri ini menempuh perjalanan yang ‘jauh’ itu..
Ditambah lagi dengan pengkhabaran di kaunter Kolej Serumpun yang tidak
membenarkan diri ini menyewa di kolej tersebut.. Agak kecewa diri ini pada
ketika itu.. Henfon diri ini dicapai & jemari diri ini mmula menaip
beberapa patah perkataan memohon pertolongan daripada Rakan-rakan & sahabat
handai.. Ramai yang simpati terhadap nasib diri ini dan beberapa tangan dihulur
kepada diri ini.. Setelah banyak tangan dihulur, akhirnya diri ini menerima
pelawaan seorang senior bagi menginap bersamanya di Taman Putra Permai,
berhampiran Taman Equine, Seri Kembangan.. Diri ini bersyukur sangat-sangat di
atas pelawaan tersebut, sekurang-kurangnya di sinilah tempat bagi diri ini
berteduh sepanjang menyambung pelajaran di UPM, Alhamdulillah.. Jarak rumah
sewa dan Universiti Putra Malaysia adalah lebih kurang 10.6KM (jika melalui
Pekan Seri Kembangan)..
Pada
tarikh 1 Julai 2010, diri ini berpakaian biasa seperti mana biasa di Fakulti
Perhutanan, melaporkan diri kepada penyelia pengajian master, Dr.Amaludin..
Seperti dijangka, mendapat ‘briefing’ lengkap bagi perjalanan pengajian
peringkat sarjana di Fakulti Ekologi Manusia.. Diri ini memulakan tugas sebagai
pembantu penyelidik bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).. Diri ini ditempatkan di dalam sebuah bilik
kosong yang dipenuhi fail-fail dan peralatan sukan, almaklumlah, di Unit Pendidikan
Luar & Latihan Industri.. Pada waktu itu, diri ini dibantu oleh Kak Aisyah,
yang juga merupakan pembantu penyelidik, tetapi bagi geran penyelidikan yang
lain.. Urusan punch kad, urusan fail penyelidikan & iso, urusan buku rekod
penyelidikan dan banyak lagi urusan penyelidikan, Kak Aisyah yang banyak
membantu diri ini..
12
Julai 2010, tarikh bermulanya semester pertama bagi diri ini.. Antara kursus-kursus
yang diambil bagi semester tersebut adalah: GIS (FHK5404), Research method
& design (FEM 5001), Ideas in cultural & civilizational studies
(PKK5200) & Master Research (SPS5999 [3]).. Hari pertama bagi kursus
FHK5404 lebih tearah kepada pengenalan GIS itu sendiri.. Perkenalan dengan
rakan-rakan sekelas lebih meyakinkan diri ini dalam menjurus lebih dalam ke
bidang GIS, namun diri ini tidak boleh lupa akan bidang master yang diceburi..
Kursus GIS ini diajar sendiri oleh Dr.Alias Mohd Sood & En.Ismail Adnan
Abdul Malek.. Kursus ini berjam kredit 3 iaitu 2jam kuliah & 1kredit
amali.. Kursus ini diambil oleh 12 orang pelajar, local student 5 org dan
selebihnya adalah foreigner.. Bagi kursus PKK5400, buat pertama kali nya diri
ini berjumpa dengan rakan seperjuangan di FEM iaitu Amir Asraf Yunus.. Beliau
sama seperti diri ini, degree daripada Fakulti lain namun melalui kursus itu,
kami bertemu.. Perkenalan dimulakan secara x sengaja sambil menunggu Pensyarah
yang x kunjung tiba.. Diri ini agak kagum dengan saudara Amir kerana beliau
mempunyai pengalaman kerja yang agak meluas berbanding diri ini..
Selesainya
semester pertama diri ini, bermaksud selesainya jam kredit kursus yang
diperlukan diri ini untuk bergraduan.. Pencapaian diri ini pada semester
tersebut agak ‘cukup2 makan’ & betul-betul mengajar diri ini akan sesuatu
yang lebih terarah kepada satu peringkat yang baru & mencabar.. Teringat
pesanan seorang Profesor ketika diri ini bertanyakan kepada beliau akan
peringkat2 pendidikan seseorang itu.. Kata Beliau: “Nik, di dalam pendidikan
seseorang itu mempunyai pelbagai peringkat & cabaran.. sebagai contoh
peringkat undergraduate, kamu sepatutnya tahu buat satu penyelidikan kecil
berdasarkan penyeliaan Supervisor kamu.. Peringkat Master pula, kamu kena tahu
buat/lakukan bagi sesuatu penyelidikan tersebut.. & pada peringkat Doktor
Falsafah, kamu kena tahu buat/lakukan sesuatu penyelidikan tersebut, kena tahu
explainkan apa yang kamu buat & kenapa result nya camtu, akhirnya kaitkan
ia dengan teori-teori yang sudah establish..” Ketika diri ini diberikan nasihat
sedemikian rupa, tidak terlintas dalam diri ini lagi dalam meneruskan
pengajian, namun bila diri ini selesai Semester pertama pengajian master,
barulah diri ini mengerti maksud nasihat itu.. Terima Kaseh, Prof..
Bermulanya
cuti semester pertama, diri ini mula menyibukkan diri dalam mengumpul data-data
penyelidikan.. Diibaratkan diri ini “sambil menyelam minum air” kerana di
samping diri ini menyiapkan geran penyelidikan, dengan ‘sengaja’ data-data
daripada geran tersebut menjadi data-data tesis master diri ini..
Alhamdulillah.. Pergilah diri ini bersama seorang enumerator ke Shah Alam,
iaitu di Pejabat Majlis Agama Islam Selangor.. Segala dokumen-dokumen disemak
& dikumpul bagi tujuan penyelidikan.. Hampir 2minggu disana & 2minggu
lagi diri ini bersama penyelidik-penyelidik lain ‘pusing’ negeri Selangor bagi
turun padang ke setiap Pejabat Agama Islam Daerah.. Segala kerjasama yang
diberikan oleh Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Selangor amatlah diri ini
hargai.. Begitu juga dengan rakan penyelidik, penyelidik-penyelidik &
enumerator dalam menjayakan pengumpulan data penyelidikan diri ini..
Berakhirnya cuti semester pertama menandakan berakhirnya pengumpulan data
kajian kami.. Berbaloi-baloi dari mulut diri ini.. =)
AKAN
BERSAMBUNG LAGI.. INSYAALLAH..
selamat doc to be.. :)
ReplyDeleteasywaq a.k.a noraida oomar...hikhikhik
Mokasyeh, Awok...... =)
DeleteYelah 2 meluas pengalaman hehe.. biase2 je. =PP
ReplyDeletememang meluas sesangat.. TerBAEKKKKK.... =)
Delete