Friday, January 13, 2017

Nukilan Hamba

Kem Ibadah di Pantai Merdeka, Kedah.

Tuhanku,
Aku masih ingat, saat pertama dahulu aku belajar mencintaiMu..
Lembar demi lembar kitab kupelajari..
Untai demi untai kata para ustaz kuresapi..
Tentang cinta para nabi..
Tentang kasih para sahabat..
Tentang mahabbah para sufi..
Tentang kerinduan para syuhada..

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam..
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang terapung di awan..

Tetapi Rabbi,
Berbilang detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan kemudian tahun telah berlalu..
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapi..
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu..
Aku rasakan gelisahku makin membadai..
Dalam cita-cita yang terapung..
Sedang kakiku mengapung, tiada menjejak bumi..
Hingga aku terhempas dalam jurang..
Dan kegelapan..

Wahai Ilahi,
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun telah jua berlalu..
Aku cuba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku
kembali..
Menatap, memohon dan mengharap padaMu:
Allahu Rahim, Ilaahi Rabbi,
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku..
Allahu Rahman, Ilahi Rabbi..
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebolehku..
Dengan segala kelemahanku..

Ya Ilahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu..
Dengan kesabaran menanggung derita..
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al Mustafa..
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu..
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu..
Atas derita batin dan jasadku..
Atas sakit dan ketakutanku..

Ya Rabbi.. Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu Bakar yang menginfaqkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga..
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad.. Atau Uthman
yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk menegakkan agamaMu.. Izinkan aku
mencintaiMu, melalui se-dua ringgit yang terhulur pada tangan-tangan kecil di tepian jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di bawah teduhan jambatan.. Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim kepada rakan dan taulan..

Ya Ilahi.. Aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya solat salah seorang
sahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terjunam di kakinya..
Kerana itu Ya Allah, perkenankanlah aku bertatih menggapai cintaMu, dalam
solat yang cuba kudirikan berakaat-rakaat, meski ingatan kekadang melayang ke
pelbagai permasalahan dunia..

Ya Rabbi.. Aku tak dapat beribadah ala-ala para sufi dan rahib, yang memperuntukkan
seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.. Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat qiamulailku.. Dalam satu dua sunnah nafilahMu.. Dalam rengus nafas kepasrahan nyenyak tidurku..

Yaa Rahman..
Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al-hafiz dan hafizah, yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.. Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku.. Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku..

Yaa Rahim..
Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Sumayah yang mempersembahkan jiwa demi
tegaknya agamaMu.. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya
bagiMu.. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit
bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.. Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan
sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru..

Allahu Karim..

Aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda darah dagingya.. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.. Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta..

Allahu Rahmanurrahiim, Ilaahi Rabbii..
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.. Agar cinta ini mengalun dalam jiwa dan mengalir di sepanjang nadiku.. InsyaALLAH.. 

Bersama rakan2 seperjuangan di MML..

Wednesday, December 28, 2016

Episod Kejayaan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama menyepikan diri dari meng’update’kan blog diri ini, akhirnya diri ini mula menulis semula.. Harap2 skill penulisan diri ini tidak berkarat lagi..

Kejayaan itu adalah abstrak.. Terpulang pada sudut pandangan seseorang individu itu sendiri.. "Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi." Kejayaan diri ini? Alhamdulillah banyak yang telah dicapai..

Bermula tahun 2015 diri ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Falsafah & Pengajian Ketamadunan.. Manisnya setelah berusaha lama.. Sedikit perkongsian isi kandungan thesis master diri ini: Kajian diri ini dijalankan untuk mengkaji peluang bagi mengaplikasikan GIS ke dalam pengurusan dan pentadbiran institusi wakaf yang kini diuruskan berdasarkan undang-undang Islam.. Diri ini mengambil negeri Selangor sebagai lokasi data kajian.. Negeri Selangor dikategorikan sebagai salah satu negeri termaju dalam negara Malaysia, seiring dengan kemajuan negeri, sistem pengurusan sedia ada sepatutnya beriringan.. Diri ini menganalisa data dengan menggunakan aplikasi GIS (Geographical Information System).. Perisian GIS dapat membantu untuk mencapai pengurusan harta wakaf dengan lancar dan bersistematik.. Hasil utama kajian diri ini adalah “Pemetaan Tanah Wakaf di seluruh negeri Selangor”.. Ini meliputi pangkalan data yang merangkumi semua perihal tanah wakaf di negeri Selangor.. Lanjutan kajian diri ini, potensi pembangunan institusi wakaf juga dikenal pasti dengan merujuk kepada masalah-masalah tanah wakaf di Selangor.. Kajian diri ini diharap dapat memberi input terhadap potensi pembangunan institusi wakaf yang berperanan untuk memberi akses kepada pembangunan umat Islam.. Moga2 segala hasil kajian diri ini tentang keperluan dan pembangunan institusi wakaf dapat dilaksanakan secara efektif dan tersusun yang akhirnya menyumbang kepada kemajuan negara..

Konvokesyen Master Nikky

Alhamdulillah, kajian diri ini berjaya didaftarkan ke dalam Daftar Hak Cipta menurut seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) pada tahun 2015.. Di samping itu, menerusi kajian diri ini berjaya memperoleh Pingat Gangsa semasa Pameran Rekacipta, Penyelidikan & Inovasi 2012 bertempat di UPM.. Selain itu, beberapa kertas kerja telah dibentangkan & dibukukan di dalam beberapa Seminar antaranya Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia 2011 bertempat di PWTC, Persidangan  Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-3 2011 bertempat di UPSI & Seminar Perundangan Islam dalam Masyarakat Kontemporari 2011 bertempat di UNiSZA.. Diri ini juga aktif dalam penerbitan jurnal sejak bergelar Sarjana.. Berikut beberapa jurnal yg mana diri ini sempat untuk menyelitkan hasil penulisan diri ini: Jurnal Pengurusan JAWHAR (Penerbit JAWHAR), Journal of Business and Social Development (Penerbit UMT) & UMRAN Journal of Muslim Affairs (Penerbit YADIM)..

Keratan Akhbar setelah membentang kertas kerja di Seminar Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia2011 bertempat di Putra World Trade Centre..

Pameran Rekacipta, Penyelidikan & Inovasi 2012


Berlainan hal nya dengan tahun 2016.. Diri ini mula mengorak langkah dalam menukar status kehidupan.. Alhamdulillah.. Perkenalan ketika diri ini mahu viva master, layan tak layan.. Musim open house raya aidilfitri 2015 diri ini memberanikan diri pergi open house.. Raya aidiladha diri ini jale2 rayo rumah family dia.. Hari konvokesyen diri ini, si dia dating wish congratez namun hanya 5minit.. 4 Disember 2015 kami diikat manakala 1 Jun 2016 pula kami selamat dinikahkan.. Sepanjang perkenalan kami yang tidak seberapa kenal ini, walaupon singkat namun kami meletakkan urusan jodoh sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa, Robbul Jalil.. Majlis sebelah wife pada 2 Jun 2016 & majlis sebelah diri ini pada 4 Jun 2016.. Alhamdulillah.. Diri ini bersyukur di atas kurniaan jodoh daripada Nya.. Banyak yang diri ini perlu pelajari dalam meniti kehidupan berkeluarga.. Antaranya kesabaran, toleransi, kasih sayang, kerjasama dan beberapa nilai keagamaan dalam meniti kehidupan bersama hingga jannah.. insyaALLAH..


Majlis Menyambut Menantu (4 jun 2016)

Majlis Perkahwinan Nik & Nana (2 Jun 2016)


Setakat itu sahaja perkongsian entry diri ini pada kali ini.. Nantikan entry seterusnya.. insyaALLAH..


TO BE CONTINUED…..

Monday, December 14, 2015

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.


Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa.

Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang.

Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Monday, July 2, 2012

Permulaan Perjalanan Seorang Sarjana


Pada tarikh 30 Jun 2010, diri ini berangkat ke Universiti Putra Malaysia bagi menyambung pengajian di peringkat master sains dalam bidang falsafah dan pengajian ketamadunan.. Berbeza pada zaman pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sains perhutanan, kali ini diri ini bertolak ke Universiti Putra Malaysia berseorangan.. Perjalanan bermula pada awal pagi kerana diri ini mahu tiba awal di Universiti Putra Malaysia dek kerana mahu mendaftarkan diri di Kolej Serumpun.. Perjalanan diri ini dibekalkan oleh doa selamat oleh ahli keluarga berserta bekalan makanan sepanjang perjalanan nanti.. Tiba di Hentian R&R Gua Musang agak ‘cepat’ kerana jam baru menunjukkan jam9 pagi..

Perjalanan ke Universiti Putra Malaysia selamat tiba bersama isi kandungan kereta ku bernombor plat WFQ **** pada jam 3.30 petang.. Diri ini sememangnya penat namun ia telah menjadi kebiasaan bagi diri ini menempuh perjalanan yang ‘jauh’ itu.. Ditambah lagi dengan pengkhabaran di kaunter Kolej Serumpun yang tidak membenarkan diri ini menyewa di kolej tersebut.. Agak kecewa diri ini pada ketika itu.. Henfon diri ini dicapai & jemari diri ini mmula menaip beberapa patah perkataan memohon pertolongan daripada Rakan-rakan & sahabat handai.. Ramai yang simpati terhadap nasib diri ini dan beberapa tangan dihulur kepada diri ini.. Setelah banyak tangan dihulur, akhirnya diri ini menerima pelawaan seorang senior bagi menginap bersamanya di Taman Putra Permai, berhampiran Taman Equine, Seri Kembangan.. Diri ini bersyukur sangat-sangat di atas pelawaan tersebut, sekurang-kurangnya di sinilah tempat bagi diri ini berteduh sepanjang menyambung pelajaran di UPM, Alhamdulillah.. Jarak rumah sewa dan Universiti Putra Malaysia adalah lebih kurang 10.6KM (jika melalui Pekan Seri Kembangan)..

Pada tarikh 1 Julai 2010, diri ini berpakaian biasa seperti mana biasa di Fakulti Perhutanan, melaporkan diri kepada penyelia pengajian master, Dr.Amaludin.. Seperti dijangka, mendapat ‘briefing’ lengkap bagi perjalanan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Ekologi Manusia.. Diri ini memulakan tugas sebagai pembantu penyelidik bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).. Diri ini ditempatkan di dalam sebuah bilik kosong yang dipenuhi fail-fail dan peralatan sukan, almaklumlah, di Unit Pendidikan Luar & Latihan Industri.. Pada waktu itu, diri ini dibantu oleh Kak Aisyah, yang juga merupakan pembantu penyelidik, tetapi bagi geran penyelidikan yang lain.. Urusan punch kad, urusan fail penyelidikan & iso, urusan buku rekod penyelidikan dan banyak lagi urusan penyelidikan, Kak Aisyah yang banyak membantu diri ini..

12 Julai 2010, tarikh bermulanya semester pertama bagi diri ini.. Antara kursus-kursus yang diambil bagi semester tersebut adalah: GIS (FHK5404), Research method & design (FEM 5001), Ideas in cultural & civilizational studies (PKK5200) & Master Research (SPS5999 [3]).. Hari pertama bagi kursus FHK5404 lebih tearah kepada pengenalan GIS itu sendiri.. Perkenalan dengan rakan-rakan sekelas lebih meyakinkan diri ini dalam menjurus lebih dalam ke bidang GIS, namun diri ini tidak boleh lupa akan bidang master yang diceburi.. Kursus GIS ini diajar sendiri oleh Dr.Alias Mohd Sood & En.Ismail Adnan Abdul Malek.. Kursus ini berjam kredit 3 iaitu 2jam kuliah & 1kredit amali.. Kursus ini diambil oleh 12 orang pelajar, local student 5 org dan selebihnya adalah foreigner.. Bagi kursus PKK5400, buat pertama kali nya diri ini berjumpa dengan rakan seperjuangan di FEM iaitu Amir Asraf Yunus.. Beliau sama seperti diri ini, degree daripada Fakulti lain namun melalui kursus itu, kami bertemu.. Perkenalan dimulakan secara x sengaja sambil menunggu Pensyarah yang x kunjung tiba.. Diri ini agak kagum dengan saudara Amir kerana beliau mempunyai pengalaman kerja yang agak meluas berbanding diri ini..

Selesainya semester pertama diri ini, bermaksud selesainya jam kredit kursus yang diperlukan diri ini untuk bergraduan.. Pencapaian diri ini pada semester tersebut agak ‘cukup2 makan’ & betul-betul mengajar diri ini akan sesuatu yang lebih terarah kepada satu peringkat yang baru & mencabar.. Teringat pesanan seorang Profesor ketika diri ini bertanyakan kepada beliau akan peringkat2 pendidikan seseorang itu.. Kata Beliau: “Nik, di dalam pendidikan seseorang itu mempunyai pelbagai peringkat & cabaran.. sebagai contoh peringkat undergraduate, kamu sepatutnya tahu buat satu penyelidikan kecil berdasarkan penyeliaan Supervisor kamu.. Peringkat Master pula, kamu kena tahu buat/lakukan bagi sesuatu penyelidikan tersebut.. & pada peringkat Doktor Falsafah, kamu kena tahu buat/lakukan sesuatu penyelidikan tersebut, kena tahu explainkan apa yang kamu buat & kenapa result nya camtu, akhirnya kaitkan ia dengan teori-teori yang sudah establish..” Ketika diri ini diberikan nasihat sedemikian rupa, tidak terlintas dalam diri ini lagi dalam meneruskan pengajian, namun bila diri ini selesai Semester pertama pengajian master, barulah diri ini mengerti maksud nasihat itu.. Terima Kaseh, Prof..



Bermulanya cuti semester pertama, diri ini mula menyibukkan diri dalam mengumpul data-data penyelidikan.. Diibaratkan diri ini “sambil menyelam minum air” kerana di samping diri ini menyiapkan geran penyelidikan, dengan ‘sengaja’ data-data daripada geran tersebut menjadi data-data tesis master diri ini.. Alhamdulillah.. Pergilah diri ini bersama seorang enumerator ke Shah Alam, iaitu di Pejabat Majlis Agama Islam Selangor.. Segala dokumen-dokumen disemak & dikumpul bagi tujuan penyelidikan.. Hampir 2minggu disana & 2minggu lagi diri ini bersama penyelidik-penyelidik lain ‘pusing’ negeri Selangor bagi turun padang ke setiap Pejabat Agama Islam Daerah.. Segala kerjasama yang diberikan oleh Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Selangor amatlah diri ini hargai.. Begitu juga dengan rakan penyelidik, penyelidik-penyelidik & enumerator dalam menjayakan pengumpulan data penyelidikan diri ini.. Berakhirnya cuti semester pertama menandakan berakhirnya pengumpulan data kajian kami.. Berbaloi-baloi dari mulut diri ini.. =)




AKAN BERSAMBUNG LAGI.. INSYAALLAH..

Friday, June 29, 2012

Perjalanan Sebuah Kehidupan -Part 1-

Setelah diri ini menamatkan ijazah sarjana muda sains perhutanan di Fakulti Perhutanan (Universiti Putra Malaysia), diri ini buntu dalam mencari jalan kerjaya untuk diri ini memulakan kehidupan berkarier dalam kedewasaan ini.. Benar, cabaran hidup dewasa kini teramat mencabar.. Ketika diri ini meng’graduan’kan diri ini, diri ini merupakan sah bergelar ‘Alumni UPM’.. Bersama-sama diri ini seramai 7,597 graduan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing.. Bagi diri ini, 3 tahun bergelar pelajar sedikit sebanyak menambah ilmu & pengalaman yang berguna sebagai bekalan di hari muka.. 


Berjaya menamatkan penulisan tesis semasa Degree adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan kerana diri ini baru mengenal potensi diri yang terpendam.. Dibantu dengan bantuan dari penyelia projek ilmiah tahun akhir pada ketika itu iaitu Dr.Alias Mohd Sood..  Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. Setelah dijilid, dihantar, disahkan dsb., diri ini bertuah kerana sekali lagi khidmat diri diperlukan dalam mengutip data penyelidikan untuk penyelia di kawasan UPM.. Hampir 3minggu melewatkan diri tinggal di UPM walaupun pelajar2 lain sudah memulakan cuti ‘honeymoon’ masing2.. Bayaran pada ketika itu tidaklah bertaraf ‘Pegawai’, namun itulah bayaran setimpal selaku ‘Enumerator’..



Selesai meng’collect’ data, Penyelia merekemenkan kerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di dalam bidang GIS & RS..  Selesai memohon & menghantar borang-borang yang diperlukan, diri ini pulang ke kampung bagi merehatkan diri nyambil2 cari keje di kampung.. Mula berhubung dengan seorang Profesor yang agak digeruni di Fakulti, namun memberanikan diri jua.. 9hb Ogos 2009 merupakan satu tarikh yang bersejarah bagi diri ini kerana diri ini di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan.. 4 hari selepas diri ini bergraduan, diri ini dipanggil seorang sahabat bagi mengutip data penyelidikan di dalam Hutan Simpan Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor.. Di kesempatan itu juga, Profesor tadi menyatakan kesudian dia menerima diri ini sebagai pembantu penyelidik Beliau bermula bulan September 2009..

Seminggu diri ini berada di Johor ketika itu bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan di dalam hutan pada siang hari, malam hari di Ulu Sedeli & kadang2 di Desaru (berhibur).. Banyak perkara aneh ditemui diri ini sepanjang berada di dalam hutan berkenaan.. Ketika itu diri ini bersama seorang senior, seorang sahabat, seorang ‘foreigner’ dan seorang pakcik.. Banyak pengalaman berharga dapat ditimba diri ini.. Kerja-kerja dilakukan ibarat melakukan amali sewaktu zaman pengajian dahulu.. Diri ini mengimbau kenangan-kenangan pahit manis sepanjang pengajian.. Ketika itu diri ini bersama ‘sahabat’ di dalam hutan tersebut..



Tarikh 1 September 2009 diri ini memulakan tugas sebagai pembantu penyelidik di bawah seliaan seorang Profesor.. Perjumpaan pertama bersama Profesor adalah satu ‘hadiah’ berupa sebuah diari & sebatang pen.. Kata Beliau, itu adalah disiplin setiap kali mahu berjumpa Beliau.. Diri ini dilatih ala-ala tentera meskipun diri ini telah ‘bersara awal’.. kikikiii.. Perjumpaan pertama juga di’briefing’ sejelasnya akan tugas diri ini sepanjang bergelar RA Beliau.. Diri ini dipertemukan dengan Staf-staf Fakulti & juga Pegawai Penyelidik Beliau pada ketika itu..  Diri ini agak kaget pada ketika itu.. Perasaan malu tidak dapat digambarkan lagi dek kerana siapalah diri ini..



 Hujung minggu pertama memulakan kerja, diri ini bersama-sama sahabat di ajak sekali lagi untuk turun mengutip data penyelidikan tetapi kali ini lebih kepada menemubual responden.. Kali ini diri ini menjejakkan kaki sekali lagi di Larut Matang, Perak.. Ketika itu kumpulan Penyelidik yang turun adalah terdiri daripada Pensyarah-pensyarah Fakulti Perhutanan.. Kami tinggal di Taiping Inn selama dua malam & pada ketika itu, bulan Ramadhan yang mulia sedang dihadapi oleh diri ini & semua.. Bertolak pada petang Jumaat, kami tiba di Taiping agak lewat pada malam itu, lebih kurang jam 11malam.. Selesai check-in, diri ini, sahabat, Dekan & Pensyarah keluar makan lewat malam lantas terus menyahurkan diri sebagai amalan sunat di bulan Ramadhan yang berkat itu.. Kali itu diri ini mengenali tempat berhampiran stesen kereta api Taiping.. Kerja-kerja penyelidikan dijalankan dengan cukup-cukup jayanya..


Di awal bulan Oktober, diri ini dipanggil bagi tujuan interview kerja Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).. Diri ini ditemu duga oleh Dr. Khali selaku ketua unit GIS disana.. Diri ini mendapat info awal akan kerja yang bakal diperoleh.. Persediaan dilakukan sebaiknya & nota-nota GIS/RS mula diselak balik.. Alahai.. Pengalaman pertama kali ditemu duga tak dapat dilupakan, jawab pon secara ala kadar jer.. Mungkin rezeki belum sampai lagi, diri ini kecewa namun ia telah diduga.. =) Satu perkongsian maklumat bagi temu duga itu, pokok Ramin tu camne ek?? Kikikikiii…

Kerja sebagai pembantu penyelidik mempunyai cabarannya yang tersendiri..  Kebanyakannya adalah kerja berkaitan penyelidikan.. Kerja-kerja mengutip Spectral Reflectance dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu.. Diri ini mempelajari ‘kerja-kerja kasar’ semasa berada di Taman Negeri Perlis, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thai.. Di sini diri ini mengenal pasti epistemologi yang sesuai untuk kami adalah ‘Globalisasi’.. Ini kerana diri ini bersama-sama penyelidik lain bersarapan di luar Negara dengan bebasnya seolah-olah Dunia Tanpa Sempadan.. Heheheee.. Di Hutan Perlis diri ini berkenalan dengan lebih dekat antara individu-individu yang ‘membentuk’ diri ini pada masa kini.. Terima kaseh buat Warga UPM & UMT yang bersama-sama ketika itu..



Dua minggu sebelum Tahun Baru Cina 2010, diri ini mendapat tugasan baru daripada Penyelia iaitu dikehendaki membawa pulang suatu benda ke Kelantan bagi tujuan kalibrasi.. Jadi pulanglah diri ini selaku pembantu penyelidik & Pegawai Penyelidik ke bumi Kelantan yang mana tidak asing lagi bagi kami berdua.. Cuma, terasa seperti ‘cinta tiga segi’ kerana melibatkan tiga tempat yang berbeza (Kok Lanas, Bachok & Tumpat).. Sungguh letih diri ini ketika itu namun jauh di lubuk hati agak gembira kerana dekat dengan keluarga.. 5 hari kami disana, diri ini pulang bersama-sama pegawai ke bumi UPM dan perjalanan diri ini tidak terhenti disitu sahaja kerana diri ini pulang ke bumi Kelantan semula sesudah tiba di UPM.. Sungguh penat!

Bulan terakhir kontrak sebagai Pembantu Penyelidik, Penyelia ingin menyambungnya lagi namun pihak pengurusan penyelidikan UPM tidak membenarkan ia, jadi setakat situ sahaja lah rezeki diri ini sebagai pembantu penyelidik.. Diri ini berasa gembira + bertuah sepanjang bergelar pembantu penyelidik ni.. Ilmu yang tidak mungkin diperoleh di dalam bilik kuliah, ditambah pula bersama dengan seorang yang profesional..

Berakhirnya kerja sebagai pembantu penyelidik, diri ini menerima jemputan menjadi fasilitator bagi Kem Eco-Bio.. Jadi bekerjalah sekuatnya menjaga adek-adek dari Sekolah-sekolah angkat UPM.. Kem agak menceriakan diri ini di kala berhenti kerja.. Dr.Alias sekali lagi datang menemui diri ini bagi menyarankan diri ini agar sambung belajar.. Setelah berkongsi masalah & memohon pandangan Beliau, akhirnya Beliau mencadangkan satu nama untuk diri ini berjumpa.. Diri ini akur dan menapak ke suatu destinasi yang asing bagi diri ini.. Di dalam penapakkan itu, banyak persoalan yang timbul, namun diri ini ‘malas nak layan sangat’.. Akhirnya berjumpa lah diri ini dengan Individu tersebut.. Pandangan diri ini dilontarkan dan persetujuan dicapai bersama-sama beberapa brosur dibekalkan kepada diri ini..

Ketika diri ini penuh dengan persoalan di dada, Postgraduate Day diadakan di Dewan Besar UPM.. Diri ini menggagahkan diri jua ke sana dan tanpa banyak ragam, diri ini berhadapan dengan PC pendaftaran.. Dengan bantuan seorang rakan, diri ini mendaftarkan diri ini untuk menyambung pelajaran.. Selesai urusan pendaftaran, diri ini membawa diri ke kampung halaman.. Ini bertujuan menyiapkan diri fizikal & mental dalam meneruskan perjuangan yang bakal ditempuh.. Di kampung itulah, banyak pandangan, kritikan, cadangan & bualan orang perseorangan yang berada di sekeliling, diri ini mengambil ia sebagai pedoman di hari kelak..

AKAN BERSAMBUNG…..

Tuesday, February 14, 2012

Sebelum & Fikirkan....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali..

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan..

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan..

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya..

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup..

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat..

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul..

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan..

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka tak mempunyai pekerjaan seperti kita..

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa..

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup..