Monday, July 2, 2012

Permulaan Perjalanan Seorang Sarjana


Pada tarikh 30 Jun 2010, diri ini berangkat ke Universiti Putra Malaysia bagi menyambung pengajian di peringkat master sains dalam bidang falsafah dan pengajian ketamadunan.. Berbeza pada zaman pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sains perhutanan, kali ini diri ini bertolak ke Universiti Putra Malaysia berseorangan.. Perjalanan bermula pada awal pagi kerana diri ini mahu tiba awal di Universiti Putra Malaysia dek kerana mahu mendaftarkan diri di Kolej Serumpun.. Perjalanan diri ini dibekalkan oleh doa selamat oleh ahli keluarga berserta bekalan makanan sepanjang perjalanan nanti.. Tiba di Hentian R&R Gua Musang agak ‘cepat’ kerana jam baru menunjukkan jam9 pagi..

Perjalanan ke Universiti Putra Malaysia selamat tiba bersama isi kandungan kereta ku bernombor plat WFQ **** pada jam 3.30 petang.. Diri ini sememangnya penat namun ia telah menjadi kebiasaan bagi diri ini menempuh perjalanan yang ‘jauh’ itu.. Ditambah lagi dengan pengkhabaran di kaunter Kolej Serumpun yang tidak membenarkan diri ini menyewa di kolej tersebut.. Agak kecewa diri ini pada ketika itu.. Henfon diri ini dicapai & jemari diri ini mmula menaip beberapa patah perkataan memohon pertolongan daripada Rakan-rakan & sahabat handai.. Ramai yang simpati terhadap nasib diri ini dan beberapa tangan dihulur kepada diri ini.. Setelah banyak tangan dihulur, akhirnya diri ini menerima pelawaan seorang senior bagi menginap bersamanya di Taman Putra Permai, berhampiran Taman Equine, Seri Kembangan.. Diri ini bersyukur sangat-sangat di atas pelawaan tersebut, sekurang-kurangnya di sinilah tempat bagi diri ini berteduh sepanjang menyambung pelajaran di UPM, Alhamdulillah.. Jarak rumah sewa dan Universiti Putra Malaysia adalah lebih kurang 10.6KM (jika melalui Pekan Seri Kembangan)..

Pada tarikh 1 Julai 2010, diri ini berpakaian biasa seperti mana biasa di Fakulti Perhutanan, melaporkan diri kepada penyelia pengajian master, Dr.Amaludin.. Seperti dijangka, mendapat ‘briefing’ lengkap bagi perjalanan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Ekologi Manusia.. Diri ini memulakan tugas sebagai pembantu penyelidik bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).. Diri ini ditempatkan di dalam sebuah bilik kosong yang dipenuhi fail-fail dan peralatan sukan, almaklumlah, di Unit Pendidikan Luar & Latihan Industri.. Pada waktu itu, diri ini dibantu oleh Kak Aisyah, yang juga merupakan pembantu penyelidik, tetapi bagi geran penyelidikan yang lain.. Urusan punch kad, urusan fail penyelidikan & iso, urusan buku rekod penyelidikan dan banyak lagi urusan penyelidikan, Kak Aisyah yang banyak membantu diri ini..

12 Julai 2010, tarikh bermulanya semester pertama bagi diri ini.. Antara kursus-kursus yang diambil bagi semester tersebut adalah: GIS (FHK5404), Research method & design (FEM 5001), Ideas in cultural & civilizational studies (PKK5200) & Master Research (SPS5999 [3]).. Hari pertama bagi kursus FHK5404 lebih tearah kepada pengenalan GIS itu sendiri.. Perkenalan dengan rakan-rakan sekelas lebih meyakinkan diri ini dalam menjurus lebih dalam ke bidang GIS, namun diri ini tidak boleh lupa akan bidang master yang diceburi.. Kursus GIS ini diajar sendiri oleh Dr.Alias Mohd Sood & En.Ismail Adnan Abdul Malek.. Kursus ini berjam kredit 3 iaitu 2jam kuliah & 1kredit amali.. Kursus ini diambil oleh 12 orang pelajar, local student 5 org dan selebihnya adalah foreigner.. Bagi kursus PKK5400, buat pertama kali nya diri ini berjumpa dengan rakan seperjuangan di FEM iaitu Amir Asraf Yunus.. Beliau sama seperti diri ini, degree daripada Fakulti lain namun melalui kursus itu, kami bertemu.. Perkenalan dimulakan secara x sengaja sambil menunggu Pensyarah yang x kunjung tiba.. Diri ini agak kagum dengan saudara Amir kerana beliau mempunyai pengalaman kerja yang agak meluas berbanding diri ini..

Selesainya semester pertama diri ini, bermaksud selesainya jam kredit kursus yang diperlukan diri ini untuk bergraduan.. Pencapaian diri ini pada semester tersebut agak ‘cukup2 makan’ & betul-betul mengajar diri ini akan sesuatu yang lebih terarah kepada satu peringkat yang baru & mencabar.. Teringat pesanan seorang Profesor ketika diri ini bertanyakan kepada beliau akan peringkat2 pendidikan seseorang itu.. Kata Beliau: “Nik, di dalam pendidikan seseorang itu mempunyai pelbagai peringkat & cabaran.. sebagai contoh peringkat undergraduate, kamu sepatutnya tahu buat satu penyelidikan kecil berdasarkan penyeliaan Supervisor kamu.. Peringkat Master pula, kamu kena tahu buat/lakukan bagi sesuatu penyelidikan tersebut.. & pada peringkat Doktor Falsafah, kamu kena tahu buat/lakukan sesuatu penyelidikan tersebut, kena tahu explainkan apa yang kamu buat & kenapa result nya camtu, akhirnya kaitkan ia dengan teori-teori yang sudah establish..” Ketika diri ini diberikan nasihat sedemikian rupa, tidak terlintas dalam diri ini lagi dalam meneruskan pengajian, namun bila diri ini selesai Semester pertama pengajian master, barulah diri ini mengerti maksud nasihat itu.. Terima Kaseh, Prof..



Bermulanya cuti semester pertama, diri ini mula menyibukkan diri dalam mengumpul data-data penyelidikan.. Diibaratkan diri ini “sambil menyelam minum air” kerana di samping diri ini menyiapkan geran penyelidikan, dengan ‘sengaja’ data-data daripada geran tersebut menjadi data-data tesis master diri ini.. Alhamdulillah.. Pergilah diri ini bersama seorang enumerator ke Shah Alam, iaitu di Pejabat Majlis Agama Islam Selangor.. Segala dokumen-dokumen disemak & dikumpul bagi tujuan penyelidikan.. Hampir 2minggu disana & 2minggu lagi diri ini bersama penyelidik-penyelidik lain ‘pusing’ negeri Selangor bagi turun padang ke setiap Pejabat Agama Islam Daerah.. Segala kerjasama yang diberikan oleh Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Selangor amatlah diri ini hargai.. Begitu juga dengan rakan penyelidik, penyelidik-penyelidik & enumerator dalam menjayakan pengumpulan data penyelidikan diri ini.. Berakhirnya cuti semester pertama menandakan berakhirnya pengumpulan data kajian kami.. Berbaloi-baloi dari mulut diri ini.. =)




AKAN BERSAMBUNG LAGI.. INSYAALLAH..

Friday, June 29, 2012

Perjalanan Sebuah Kehidupan -Part 1-

Setelah diri ini menamatkan ijazah sarjana muda sains perhutanan di Fakulti Perhutanan (Universiti Putra Malaysia), diri ini buntu dalam mencari jalan kerjaya untuk diri ini memulakan kehidupan berkarier dalam kedewasaan ini.. Benar, cabaran hidup dewasa kini teramat mencabar.. Ketika diri ini meng’graduan’kan diri ini, diri ini merupakan sah bergelar ‘Alumni UPM’.. Bersama-sama diri ini seramai 7,597 graduan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing.. Bagi diri ini, 3 tahun bergelar pelajar sedikit sebanyak menambah ilmu & pengalaman yang berguna sebagai bekalan di hari muka.. 


Berjaya menamatkan penulisan tesis semasa Degree adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan kerana diri ini baru mengenal potensi diri yang terpendam.. Dibantu dengan bantuan dari penyelia projek ilmiah tahun akhir pada ketika itu iaitu Dr.Alias Mohd Sood..  Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. Setelah dijilid, dihantar, disahkan dsb., diri ini bertuah kerana sekali lagi khidmat diri diperlukan dalam mengutip data penyelidikan untuk penyelia di kawasan UPM.. Hampir 3minggu melewatkan diri tinggal di UPM walaupun pelajar2 lain sudah memulakan cuti ‘honeymoon’ masing2.. Bayaran pada ketika itu tidaklah bertaraf ‘Pegawai’, namun itulah bayaran setimpal selaku ‘Enumerator’..



Selesai meng’collect’ data, Penyelia merekemenkan kerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di dalam bidang GIS & RS..  Selesai memohon & menghantar borang-borang yang diperlukan, diri ini pulang ke kampung bagi merehatkan diri nyambil2 cari keje di kampung.. Mula berhubung dengan seorang Profesor yang agak digeruni di Fakulti, namun memberanikan diri jua.. 9hb Ogos 2009 merupakan satu tarikh yang bersejarah bagi diri ini kerana diri ini di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan.. 4 hari selepas diri ini bergraduan, diri ini dipanggil seorang sahabat bagi mengutip data penyelidikan di dalam Hutan Simpan Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor.. Di kesempatan itu juga, Profesor tadi menyatakan kesudian dia menerima diri ini sebagai pembantu penyelidik Beliau bermula bulan September 2009..

Seminggu diri ini berada di Johor ketika itu bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan di dalam hutan pada siang hari, malam hari di Ulu Sedeli & kadang2 di Desaru (berhibur).. Banyak perkara aneh ditemui diri ini sepanjang berada di dalam hutan berkenaan.. Ketika itu diri ini bersama seorang senior, seorang sahabat, seorang ‘foreigner’ dan seorang pakcik.. Banyak pengalaman berharga dapat ditimba diri ini.. Kerja-kerja dilakukan ibarat melakukan amali sewaktu zaman pengajian dahulu.. Diri ini mengimbau kenangan-kenangan pahit manis sepanjang pengajian.. Ketika itu diri ini bersama ‘sahabat’ di dalam hutan tersebut..



Tarikh 1 September 2009 diri ini memulakan tugas sebagai pembantu penyelidik di bawah seliaan seorang Profesor.. Perjumpaan pertama bersama Profesor adalah satu ‘hadiah’ berupa sebuah diari & sebatang pen.. Kata Beliau, itu adalah disiplin setiap kali mahu berjumpa Beliau.. Diri ini dilatih ala-ala tentera meskipun diri ini telah ‘bersara awal’.. kikikiii.. Perjumpaan pertama juga di’briefing’ sejelasnya akan tugas diri ini sepanjang bergelar RA Beliau.. Diri ini dipertemukan dengan Staf-staf Fakulti & juga Pegawai Penyelidik Beliau pada ketika itu..  Diri ini agak kaget pada ketika itu.. Perasaan malu tidak dapat digambarkan lagi dek kerana siapalah diri ini..



 Hujung minggu pertama memulakan kerja, diri ini bersama-sama sahabat di ajak sekali lagi untuk turun mengutip data penyelidikan tetapi kali ini lebih kepada menemubual responden.. Kali ini diri ini menjejakkan kaki sekali lagi di Larut Matang, Perak.. Ketika itu kumpulan Penyelidik yang turun adalah terdiri daripada Pensyarah-pensyarah Fakulti Perhutanan.. Kami tinggal di Taiping Inn selama dua malam & pada ketika itu, bulan Ramadhan yang mulia sedang dihadapi oleh diri ini & semua.. Bertolak pada petang Jumaat, kami tiba di Taiping agak lewat pada malam itu, lebih kurang jam 11malam.. Selesai check-in, diri ini, sahabat, Dekan & Pensyarah keluar makan lewat malam lantas terus menyahurkan diri sebagai amalan sunat di bulan Ramadhan yang berkat itu.. Kali itu diri ini mengenali tempat berhampiran stesen kereta api Taiping.. Kerja-kerja penyelidikan dijalankan dengan cukup-cukup jayanya..


Di awal bulan Oktober, diri ini dipanggil bagi tujuan interview kerja Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).. Diri ini ditemu duga oleh Dr. Khali selaku ketua unit GIS disana.. Diri ini mendapat info awal akan kerja yang bakal diperoleh.. Persediaan dilakukan sebaiknya & nota-nota GIS/RS mula diselak balik.. Alahai.. Pengalaman pertama kali ditemu duga tak dapat dilupakan, jawab pon secara ala kadar jer.. Mungkin rezeki belum sampai lagi, diri ini kecewa namun ia telah diduga.. =) Satu perkongsian maklumat bagi temu duga itu, pokok Ramin tu camne ek?? Kikikikiii…

Kerja sebagai pembantu penyelidik mempunyai cabarannya yang tersendiri..  Kebanyakannya adalah kerja berkaitan penyelidikan.. Kerja-kerja mengutip Spectral Reflectance dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu.. Diri ini mempelajari ‘kerja-kerja kasar’ semasa berada di Taman Negeri Perlis, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thai.. Di sini diri ini mengenal pasti epistemologi yang sesuai untuk kami adalah ‘Globalisasi’.. Ini kerana diri ini bersama-sama penyelidik lain bersarapan di luar Negara dengan bebasnya seolah-olah Dunia Tanpa Sempadan.. Heheheee.. Di Hutan Perlis diri ini berkenalan dengan lebih dekat antara individu-individu yang ‘membentuk’ diri ini pada masa kini.. Terima kaseh buat Warga UPM & UMT yang bersama-sama ketika itu..



Dua minggu sebelum Tahun Baru Cina 2010, diri ini mendapat tugasan baru daripada Penyelia iaitu dikehendaki membawa pulang suatu benda ke Kelantan bagi tujuan kalibrasi.. Jadi pulanglah diri ini selaku pembantu penyelidik & Pegawai Penyelidik ke bumi Kelantan yang mana tidak asing lagi bagi kami berdua.. Cuma, terasa seperti ‘cinta tiga segi’ kerana melibatkan tiga tempat yang berbeza (Kok Lanas, Bachok & Tumpat).. Sungguh letih diri ini ketika itu namun jauh di lubuk hati agak gembira kerana dekat dengan keluarga.. 5 hari kami disana, diri ini pulang bersama-sama pegawai ke bumi UPM dan perjalanan diri ini tidak terhenti disitu sahaja kerana diri ini pulang ke bumi Kelantan semula sesudah tiba di UPM.. Sungguh penat!

Bulan terakhir kontrak sebagai Pembantu Penyelidik, Penyelia ingin menyambungnya lagi namun pihak pengurusan penyelidikan UPM tidak membenarkan ia, jadi setakat situ sahaja lah rezeki diri ini sebagai pembantu penyelidik.. Diri ini berasa gembira + bertuah sepanjang bergelar pembantu penyelidik ni.. Ilmu yang tidak mungkin diperoleh di dalam bilik kuliah, ditambah pula bersama dengan seorang yang profesional..

Berakhirnya kerja sebagai pembantu penyelidik, diri ini menerima jemputan menjadi fasilitator bagi Kem Eco-Bio.. Jadi bekerjalah sekuatnya menjaga adek-adek dari Sekolah-sekolah angkat UPM.. Kem agak menceriakan diri ini di kala berhenti kerja.. Dr.Alias sekali lagi datang menemui diri ini bagi menyarankan diri ini agar sambung belajar.. Setelah berkongsi masalah & memohon pandangan Beliau, akhirnya Beliau mencadangkan satu nama untuk diri ini berjumpa.. Diri ini akur dan menapak ke suatu destinasi yang asing bagi diri ini.. Di dalam penapakkan itu, banyak persoalan yang timbul, namun diri ini ‘malas nak layan sangat’.. Akhirnya berjumpa lah diri ini dengan Individu tersebut.. Pandangan diri ini dilontarkan dan persetujuan dicapai bersama-sama beberapa brosur dibekalkan kepada diri ini..

Ketika diri ini penuh dengan persoalan di dada, Postgraduate Day diadakan di Dewan Besar UPM.. Diri ini menggagahkan diri jua ke sana dan tanpa banyak ragam, diri ini berhadapan dengan PC pendaftaran.. Dengan bantuan seorang rakan, diri ini mendaftarkan diri ini untuk menyambung pelajaran.. Selesai urusan pendaftaran, diri ini membawa diri ke kampung halaman.. Ini bertujuan menyiapkan diri fizikal & mental dalam meneruskan perjuangan yang bakal ditempuh.. Di kampung itulah, banyak pandangan, kritikan, cadangan & bualan orang perseorangan yang berada di sekeliling, diri ini mengambil ia sebagai pedoman di hari kelak..

AKAN BERSAMBUNG…..

Tuesday, February 14, 2012

Sebelum & Fikirkan....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali..

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan..

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan..

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya..

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup..

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat..

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul..

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan..

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka tak mempunyai pekerjaan seperti kita..

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa..

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup..