Setelah diri ini menamatkan ijazah
sarjana muda sains perhutanan di Fakulti Perhutanan (Universiti Putra
Malaysia), diri ini buntu dalam mencari jalan kerjaya untuk diri ini memulakan
kehidupan berkarier dalam kedewasaan ini.. Benar, cabaran hidup dewasa kini
teramat mencabar.. Ketika diri ini meng’graduan’kan diri ini, diri ini merupakan
sah bergelar ‘Alumni UPM’.. Bersama-sama diri ini seramai 7,597 graduan berjaya
menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing.. Bagi diri ini, 3 tahun
bergelar pelajar sedikit sebanyak menambah ilmu & pengalaman yang berguna
sebagai bekalan di hari muka..
Berjaya menamatkan penulisan
tesis semasa Degree adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan kerana diri ini
baru mengenal potensi diri yang terpendam.. Dibantu dengan bantuan dari
penyelia projek ilmiah tahun akhir pada ketika itu iaitu Dr.Alias Mohd Sood.. Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. Setelah
dijilid, dihantar, disahkan dsb., diri ini bertuah kerana sekali lagi khidmat
diri diperlukan dalam mengutip data penyelidikan untuk penyelia di kawasan
UPM.. Hampir 3minggu melewatkan diri tinggal di UPM walaupun pelajar2 lain
sudah memulakan cuti ‘honeymoon’ masing2.. Bayaran pada ketika itu tidaklah
bertaraf ‘Pegawai’, namun itulah bayaran setimpal selaku ‘Enumerator’..
Selesai meng’collect’ data,
Penyelia merekemenkan kerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di dalam bidang GIS & RS.. Selesai memohon & menghantar
borang-borang yang diperlukan, diri ini pulang ke kampung bagi merehatkan diri
nyambil2 cari keje di kampung.. Mula berhubung dengan seorang Profesor yang
agak digeruni di Fakulti, namun memberanikan diri jua.. 9hb Ogos 2009 merupakan
satu tarikh yang bersejarah bagi diri ini kerana diri ini di anugerahkan Ijazah
Sarjana Muda Sains Perhutanan.. 4 hari selepas diri ini bergraduan, diri ini
dipanggil seorang sahabat bagi mengutip data penyelidikan di dalam Hutan Simpan
Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor.. Di kesempatan itu juga, Profesor tadi
menyatakan kesudian dia menerima diri ini sebagai pembantu penyelidik Beliau
bermula bulan September 2009..
Seminggu diri ini berada di Johor
ketika itu bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan di dalam hutan pada siang
hari, malam hari di Ulu Sedeli & kadang2 di Desaru (berhibur).. Banyak
perkara aneh ditemui diri ini sepanjang berada di dalam hutan berkenaan..
Ketika itu diri ini bersama seorang senior, seorang sahabat, seorang
‘foreigner’ dan seorang pakcik.. Banyak pengalaman berharga dapat ditimba diri
ini.. Kerja-kerja dilakukan ibarat melakukan amali sewaktu zaman pengajian
dahulu.. Diri ini mengimbau kenangan-kenangan pahit manis sepanjang pengajian..
Ketika itu diri ini bersama ‘sahabat’ di dalam hutan tersebut..
Tarikh 1 September 2009 diri ini
memulakan tugas sebagai pembantu penyelidik di bawah seliaan seorang Profesor..
Perjumpaan pertama bersama Profesor adalah satu ‘hadiah’ berupa sebuah diari
& sebatang pen.. Kata Beliau, itu adalah disiplin setiap kali mahu berjumpa
Beliau.. Diri ini dilatih ala-ala tentera meskipun diri ini telah ‘bersara
awal’.. kikikiii.. Perjumpaan pertama juga di’briefing’ sejelasnya akan tugas
diri ini sepanjang bergelar RA Beliau.. Diri ini dipertemukan dengan Staf-staf
Fakulti & juga Pegawai Penyelidik Beliau pada ketika itu.. Diri ini agak kaget pada ketika itu..
Perasaan malu tidak dapat digambarkan lagi dek kerana siapalah diri ini..
Hujung minggu pertama memulakan
kerja, diri ini bersama-sama sahabat di ajak sekali lagi untuk turun mengutip
data penyelidikan tetapi kali ini lebih kepada menemubual responden.. Kali ini
diri ini menjejakkan kaki sekali lagi di Larut Matang, Perak.. Ketika itu
kumpulan Penyelidik yang turun adalah terdiri daripada Pensyarah-pensyarah
Fakulti Perhutanan.. Kami tinggal di Taiping Inn selama dua malam & pada
ketika itu, bulan Ramadhan yang mulia sedang dihadapi oleh diri ini &
semua.. Bertolak pada petang Jumaat, kami tiba di Taiping agak lewat pada malam
itu, lebih kurang jam 11malam.. Selesai check-in, diri ini, sahabat, Dekan
& Pensyarah keluar makan lewat malam lantas terus menyahurkan diri sebagai
amalan sunat di bulan Ramadhan yang berkat itu.. Kali itu diri ini mengenali
tempat berhampiran stesen kereta api Taiping.. Kerja-kerja penyelidikan
dijalankan dengan cukup-cukup jayanya..
Di awal bulan Oktober, diri ini
dipanggil bagi tujuan interview kerja Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM).. Diri ini ditemu duga oleh Dr. Khali selaku ketua unit GIS disana..
Diri ini mendapat info awal akan kerja yang bakal diperoleh.. Persediaan
dilakukan sebaiknya & nota-nota GIS/RS mula diselak balik.. Alahai..
Pengalaman pertama kali ditemu duga tak dapat dilupakan, jawab pon secara ala
kadar jer.. Mungkin rezeki belum sampai lagi, diri ini kecewa namun ia telah
diduga.. =) Satu perkongsian maklumat bagi temu duga itu, pokok Ramin tu camne
ek?? Kikikikiii…
Kerja sebagai pembantu penyelidik
mempunyai cabarannya yang tersendiri..
Kebanyakannya adalah kerja berkaitan penyelidikan.. Kerja-kerja mengutip
Spectral Reflectance dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaysia
Terengganu.. Diri ini mempelajari ‘kerja-kerja kasar’ semasa berada di Taman
Negeri Perlis, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thai.. Di sini diri
ini mengenal pasti epistemologi yang sesuai untuk kami adalah ‘Globalisasi’.. Ini
kerana diri ini bersama-sama penyelidik lain bersarapan di luar Negara dengan
bebasnya seolah-olah Dunia Tanpa Sempadan.. Heheheee.. Di Hutan Perlis diri ini
berkenalan dengan lebih dekat antara individu-individu yang ‘membentuk’ diri
ini pada masa kini.. Terima kaseh buat Warga UPM & UMT yang bersama-sama
ketika itu..
Dua minggu sebelum Tahun Baru
Cina 2010, diri ini mendapat tugasan baru daripada Penyelia iaitu dikehendaki
membawa pulang suatu benda ke Kelantan bagi tujuan kalibrasi.. Jadi pulanglah
diri ini selaku pembantu penyelidik & Pegawai Penyelidik ke bumi Kelantan
yang mana tidak asing lagi bagi kami berdua.. Cuma, terasa seperti ‘cinta tiga
segi’ kerana melibatkan tiga tempat yang berbeza (Kok Lanas, Bachok &
Tumpat).. Sungguh letih diri ini ketika itu namun jauh di lubuk hati agak
gembira kerana dekat dengan keluarga.. 5 hari kami disana, diri ini pulang
bersama-sama pegawai ke bumi UPM dan perjalanan diri ini tidak terhenti disitu
sahaja kerana diri ini pulang ke bumi Kelantan semula sesudah tiba di UPM..
Sungguh penat!
Bulan terakhir kontrak sebagai
Pembantu Penyelidik, Penyelia ingin menyambungnya lagi namun pihak pengurusan
penyelidikan UPM tidak membenarkan ia, jadi setakat situ sahaja lah rezeki diri
ini sebagai pembantu penyelidik.. Diri ini berasa gembira + bertuah sepanjang
bergelar pembantu penyelidik ni.. Ilmu yang tidak mungkin diperoleh di dalam bilik
kuliah, ditambah pula bersama dengan seorang yang profesional..
Berakhirnya kerja sebagai
pembantu penyelidik, diri ini menerima jemputan menjadi fasilitator bagi Kem
Eco-Bio.. Jadi bekerjalah sekuatnya menjaga adek-adek dari Sekolah-sekolah
angkat UPM.. Kem agak menceriakan diri ini di kala berhenti kerja.. Dr.Alias
sekali lagi datang menemui diri ini bagi menyarankan diri ini agar sambung
belajar.. Setelah berkongsi masalah & memohon pandangan Beliau, akhirnya
Beliau mencadangkan satu nama untuk diri ini berjumpa.. Diri ini akur dan
menapak ke suatu destinasi yang asing bagi diri ini.. Di dalam penapakkan itu,
banyak persoalan yang timbul, namun diri ini ‘malas nak layan sangat’..
Akhirnya berjumpa lah diri ini dengan Individu tersebut.. Pandangan diri ini
dilontarkan dan persetujuan dicapai bersama-sama beberapa brosur dibekalkan
kepada diri ini..
Ketika diri ini penuh dengan
persoalan di dada, Postgraduate Day diadakan di Dewan Besar UPM.. Diri ini
menggagahkan diri jua ke sana dan tanpa banyak ragam, diri ini berhadapan
dengan PC pendaftaran.. Dengan bantuan seorang rakan, diri ini mendaftarkan
diri ini untuk menyambung pelajaran.. Selesai urusan pendaftaran, diri ini
membawa diri ke kampung halaman.. Ini bertujuan menyiapkan diri fizikal &
mental dalam meneruskan perjuangan yang bakal ditempuh.. Di kampung itulah,
banyak pandangan, kritikan, cadangan & bualan orang perseorangan yang
berada di sekeliling, diri ini mengambil ia sebagai pedoman di hari kelak..
AKAN BERSAMBUNG…..




Gaya bakal pensyarah.. superb!!
ReplyDeleteOpppssss.. Perjalanan masih jauh.. =)
Delete