Assalamualaikum
w.b.t.
Alhamdulillah.. Setelah sekian lama menyepikan diri dari meng’update’kan
blog diri ini, akhirnya diri ini mula menulis semula.. Harap2 skill penulisan
diri ini tidak berkarat lagi..
Kejayaan
itu adalah abstrak.. Terpulang pada sudut pandangan seseorang individu itu
sendiri.. "Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba,
bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal
mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi." Kejayaan diri
ini? Alhamdulillah banyak yang telah dicapai..
Bermula
tahun 2015 diri ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Falsafah
& Pengajian Ketamadunan.. Manisnya setelah berusaha lama.. Sedikit
perkongsian isi kandungan thesis master diri ini: Kajian diri ini dijalankan untuk mengkaji
peluang bagi mengaplikasikan GIS ke dalam pengurusan dan pentadbiran institusi
wakaf yang kini diuruskan berdasarkan undang-undang Islam.. Diri ini mengambil
negeri Selangor sebagai lokasi data kajian.. Negeri Selangor dikategorikan
sebagai salah satu negeri termaju dalam negara Malaysia, seiring dengan
kemajuan negeri, sistem pengurusan sedia ada sepatutnya beriringan.. Diri ini
menganalisa data dengan menggunakan aplikasi GIS (Geographical Information System).. Perisian GIS dapat membantu
untuk mencapai pengurusan harta wakaf dengan lancar dan bersistematik.. Hasil
utama kajian diri ini adalah “Pemetaan Tanah Wakaf di seluruh negeri Selangor”..
Ini meliputi pangkalan data yang merangkumi semua perihal tanah wakaf di negeri
Selangor.. Lanjutan kajian diri ini, potensi pembangunan institusi wakaf juga
dikenal pasti dengan merujuk kepada masalah-masalah tanah wakaf di Selangor..
Kajian diri ini diharap dapat memberi input terhadap potensi pembangunan
institusi wakaf yang berperanan untuk memberi akses kepada pembangunan umat
Islam.. Moga2 segala hasil kajian diri ini tentang keperluan dan pembangunan
institusi wakaf dapat dilaksanakan secara efektif dan tersusun yang akhirnya
menyumbang kepada kemajuan negara..
![]() |
| Konvokesyen Master Nikky |
Alhamdulillah, kajian diri ini berjaya didaftarkan ke
dalam Daftar Hak Cipta menurut seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) pada
tahun 2015.. Di samping itu, menerusi kajian diri ini berjaya memperoleh Pingat
Gangsa semasa Pameran Rekacipta, Penyelidikan & Inovasi 2012 bertempat di
UPM.. Selain itu, beberapa kertas kerja telah dibentangkan & dibukukan di
dalam beberapa Seminar antaranya Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam
di Malaysia 2011 bertempat di PWTC, Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali
Ke-3 2011
bertempat di UPSI & Seminar Perundangan Islam dalam Masyarakat Kontemporari
2011 bertempat di UNiSZA.. Diri ini juga aktif dalam penerbitan jurnal sejak
bergelar Sarjana.. Berikut beberapa jurnal yg mana diri ini sempat untuk
menyelitkan hasil penulisan diri ini: Jurnal
Pengurusan JAWHAR (Penerbit JAWHAR), Journal of Business
and Social Development (Penerbit UMT) & UMRAN Journal of Muslim Affairs
(Penerbit YADIM)..
![]() |
| Keratan Akhbar setelah membentang kertas kerja di Seminar Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia2011 bertempat di Putra World Trade Centre.. |
![]() |
| Pameran Rekacipta, Penyelidikan & Inovasi 2012 |
Berlainan
hal nya dengan tahun 2016.. Diri ini mula mengorak langkah dalam menukar status
kehidupan.. Alhamdulillah.. Perkenalan ketika diri ini mahu viva master, layan
tak layan.. Musim open house raya aidilfitri 2015 diri ini memberanikan diri
pergi open house.. Raya aidiladha diri ini jale2 rayo rumah family dia.. Hari
konvokesyen diri ini, si dia dating wish congratez namun hanya 5minit.. 4 Disember
2015 kami diikat manakala 1 Jun 2016 pula kami selamat dinikahkan.. Sepanjang
perkenalan kami yang tidak seberapa kenal ini, walaupon singkat namun kami
meletakkan urusan jodoh sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa, Robbul Jalil.. Majlis
sebelah wife pada 2 Jun 2016 & majlis sebelah diri ini pada 4 Jun 2016..
Alhamdulillah.. Diri ini bersyukur di atas kurniaan jodoh daripada Nya.. Banyak
yang diri ini perlu pelajari dalam meniti kehidupan berkeluarga.. Antaranya
kesabaran, toleransi, kasih sayang, kerjasama dan beberapa nilai keagamaan
dalam meniti kehidupan bersama hingga jannah.. insyaALLAH..
![]() |
| Majlis Menyambut Menantu (4 jun 2016) |
![]() |
| Majlis Perkahwinan Nik & Nana (2 Jun 2016) |
Setakat
itu sahaja perkongsian entry diri ini pada kali ini.. Nantikan entry
seterusnya.. insyaALLAH..
TO
BE CONTINUED…..




